bosswin168 slot gacor 2023
situs slot online
slot online
situs judi online
boswin168 slot online
agen slot bosswin168
bosswin168
slot bosswin168
mabar69
mabar69 slot online
mabar69 slot online
bosswin168
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
cocol77
ronin86
cocol77
cocol77
https://wowcamera.info/
mabar69
mahjong69
mahjong69
mahjong69
mabar69
master38
master38
master38
cocol88
bosswin168
mabar69
MASTER38 MASTER38 MASTER38 MASTER38 BOSSWIN168 BOSSWIN168 BOSSWIN168 BOSSWIN168 BOSSWIN168 COCOL88 COCOL88 COCOL88 COCOL88 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MAHJONG69 MAHJONG69 MAHJONG69 MAHJONG69 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 ZONA69 ZONA69 ZONA69 NOBAR69 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38
SLOT GACOR HARI INI SLOT GACOR HARI INI

Alasan PM dalam pembebasan Zahid membimbangkan

Alasan PM dalam pembebasan Zahid membimbangkan

Dalam suatu wawancara bersama wartawan antarabangsa kelmarin, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan bahawa peguam negara ada berjumpa dengan beliau dan berlaku perbincangan mengenai kes rasuah membabitkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sebelum keputusan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat. 

Perkara ini amat membimbangkan kita berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di bawah.

Pendedahan perdana menteri ini membuktikan bahawa beliau tahu dan ada berbincang dengan peguam negara sebelum keputusan untuk melepaskan timbalan perdana menteri dibuat. 

Ini menguatkan lagi persepsi dan bukti bahawa peguam negara tidak bebas kerana beliau melapor kepada perdana menteri. 

Jika beginilah praktisnya, lebih baik elok dipinda Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan perkataan “peguam negara boleh memulakan atau memberhentikan apa-apa prosiding jenayah selepas berunding dengan perdana menteri”.

Apa yang lebih memalukan, perdana menteri begitu terbuka mendedahkan perkara ini kepada wartawan dan media antarabangsa. 

Ini boleh menyebabkan indeks persepsi rasuah negara terjejas. Bukan itu sahaja, ia akan turut menyebabkan pelabur asing tidak yakin dengan sistem pentadbiran keadilan di negara kita.

Perdana menteri harus berhenti berselindung di sebalik “kuasa” peguam negara. 

Ini kerana keputusan yang dikatakan dibuat oleh peguam negara itu juga dikritik hebat oleh Majlis Peguam serta pelbagai pihak lain. 

Mengapa? Memandangkan kes ini tidak lagi dibicarakan di mahkamah, apa kata kita rungkai dan imbas kembali merit pendakwaan dalam kes 47 pertuduhan rasuah dan pecah amanah melihatkan Zahid ini barulah kita boleh faham mengapa mahkamah mendapati terdapat prima facie dalam kes ini.

Antara alasan utama peguam negara memberhentikan kes ini adalah berpandukan kepada suatu memo dalaman yang kononnya ditulis oleh seorang timbalan pendakwa raya bertarikh 17 Oktober 2018. 

Dalam memo tersebut dihujahkan kononnya pihak pendakwaan tidak akan mampu membuktikan kes prima facie terhadap Zahid sekiranya diteruskan. 

Memo ini didakwa ditulis pada tahun 2018. Bagaimanapun pada 23 Januari 2022, mahkamah mendapati wujud kes prima facie terhadap Zahid.

Alasan peguam negara kononnya memo ini boleh memberikan kesan kepada kes Zahid merupakan alasan yang sangat tidak masuk akal sebenarnya. 

Mengapa? Dapatan memo tersebut terbukti salah kerana pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zahid. 

Apabila perkara itu berlaku, ia sekali gus membuatkan memo tersebut tidak lagi terpakai dan tidak lagi boleh disandarkan sebagai hujah untuk menarik semula kes ini.

Memo tersebut juga (sekiranya tulen) hanyalah sekadar pandangan awal sebelum kes dimulakan.

Apabila kes dimulakan di mahkamah, segala keterangan saksi, hujah pendakwaan, pembelaan dan seterusnya keputusan hakim mendahului dan mengatasi segala-galanya yang ditulis dalam memo terbabit. 

Justeru adalah amat pelik dan janggal sekiranya peguam negara masih berpandukan kepada memo yang sudah basi dan lapuk itu. 

“Ramalan” dalam memo tersebut yang kononnya tidak akan berjaya prima facie juga terbukti salah. Jadi mengapa peguam negara tidak teruskan sahaja kes?

Ada apa dengan kes Yayasan Akalbudi ini? Mari kita soroti kembali hujahan dan dapatan pendakwaan yang dikemukakan oleh bekas ketua pendakwa yang kemudiannya digugurkan, Raja Rozela Raja Toran.

Pada 12 Oktober 2021, Raja Rozela mendedahkan bahawa Zahid mempunyai kawalan penuh terhadap urusan aliran wang keluar dan masuk Yayasan Akalbudi.

Berdasarkan hujahan Raja Rozela, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi hanya boneka yang dikawal Zahid dan dilantik bagi memenuhi kerusi jawatan berkenaan.

Raja Rozela turut berhujah bahawa Zahid mempunyai akses penuh ke atas akaun bank dan adalah penandatangan tunggal cek Yayasan Akalbudi. 

Beliau turut mempunyai kebolehan untuk menentukan kemasukan dan pengeluaran dana yayasan berkenaan.

Raja Rozela turut berhujah bahawa pada awalnya, Zahid dan Samsuri Tun menjalankan tugas bersama untuk menandatangani cek Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun dalam keterangan Samsuri, beliau menyatakan sudah beberapa kali menandatangani cek Yayasan Akalbudi secara pra-tandatangan (pre-signed) tanpa mengetahui kegunaan cek berkenaan atas arahan Zahid.

Ahli lembaga pengarah yang lain kemudiannya meletakkan jawatan dan Zahid menjadi penandatangan tunggal cek Yayasan Akalbudi berkuat kuasa 20 Jun 2013.

Saksi ke-99 Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khairudin Kilau mendedahkan Zahid menggunakan dana berjumlah RM1.4 juta milik Yayasan Akalbudi bagi pembayaran sembilan kad kredit, insurans kenderaan dan cukai jalan bagi 20 buah kenderaan miliknya di antara tahun 2014 hingga 2016. 

Sudah tentulah, penandatangan tunggal, kan?

Mahkamah juga diberitahu bahawa yayasan itu tidak pernah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sejak ditubuhkan pada tahun 1997. 

Berkenaan dakwaan Zahid bahawa kononnya bekas pembantunya, Mazlina Mazlan @ Ramly cuai sehingga menyebabkan wang yayasan digunakan untuk kepentingan peribadi  Zahid hanyalah sekadar penafian yang lemah. 

Malah dalam keterangan Mazlina dalam mahkamah sendiri mendedahkan cek terbabit beliau sediakan atas arahan dan pengetahuan Zahid.

Yang aneh dan ajaibnya, di sebalik keterangan-keterangan, bukti demi bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan di dalam mahkamah, peguam negara memilih untuk melepaskan Zahid? Mengapa sekarang?

Mengapa tidak diberikan sahaja peluang kepada Zahid untuk meneruskan proses pembelaan sehingga kes ini selesai diputuskan oleh mahkamah? 

Sekiranya benar Zahid dianiaya, mengapa tidak buktikan dalam mahkamah tuduhan sedemikian?

Mohamad Siddiq Azani ialah peguambela dan peguamcara.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.