
Apa dah jadi dengan Dewan Rakyat?
Saya pernah menjadi ahli Parlimen dari tahun 1990 hingga 2004. Tetapi, apa yang terjadi di Dewan Rakyat petang semalam tidak pernah berlaku pada zaman tersebut. Secara khusus, saya tidak pernah menyaksikan seorang ahli Parlimen yang menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(6) dinafikan haknya untuk menarik balik sangkaan jahat yg dilemparkan kepada dirinya oleh ahli Parlimen lain, waima…