
Ayuh rakyat Malaysia bersatu tenaga lonjak daya saing demi umat dan negara
31 Ogos mengingatkan kita kepada perjuangan untuk menebus maruah tanah air yang diinjak-injak oleh kerakusan kuasa penjajah. Justeru itu, perjuangan suci ini sewajarnya menjadi inspirasi kepada anak watan dan putera-puteri Malaysia untuk bangkit mempertahankan kedaulatan negara dan kemakmuran rakyat. Masa berlalu dan negara berdepan dengan pelbagai cabaran baru. Kita berdepan dengan pembela nilai budaya asing…